Pengenalan
Pengurusan Pasir Pahang Berhad (PPPB) merupakan sebuah syarikat berteraskan aktiviti perlombongan pasir. Penubuhan PPPB telah dipersetujui dan diluluskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri Pahang kali ke 23/2018 yang bersidang pada 1 Ogos 2018.
Sebagai sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Pahang, ianya disasarkan dapat membantu menjana pendapatan bagi memajukan Negeri Pahang melalui pengurusan yang cekap dalam menguruskan operasi pengeluaran pasir.
Visi Kami
Meneraju dan Memperkasakan aktiviti pengurusan pasir di negeri Pahang yang unggul dan bertaraf tinggi.
Misi Kami
Menumpukan kepada eksplorasi pengerukan, pengeluaran dan penjualan pasir yang berkualiti tinggi untuk pasaran domestik dan luar negara melalui pengurusan yang mampan kearah kelestarian alam sekitar dan tadbir urus yang cekap.

Nilai Kami

Kecemerlangan
Komitmen dengan tumpuan ke arah pembudayaan amalan kerja terbaik dalam pembangunan mineral yang mampan. Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran melalui perancangan mekanisme kerja yang cekap dan berkesan.

Permuafakatan
Pertumbuhan mampan yang disokong oleh persekitaran kerja yang kondusif, selamat, mampu menjana keuntungan dan mempunyai tanggungjawab keatas sosial komuniti disamping menjaga sumber alam untuk generasi kini dan masa hadapan. Memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana alam.

Kelestarian
Pertumbuhan mampan yang disokong oleh persekitaran kerja yang kondusif, selamat, mampu menjana keuntungan dan mempunyai tanggungjawab keatas sosial komuniti disamping menjaga sumber alam untuk generasi kini dan masa hadapan. Memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana alam.

Sifar Ancaman
Sifar ancaman dalam bentuk keselamatan pekerja, alam sekitar dan komuniti setempat adalah menjadi matlamat kami.

Peranan Kami
Objektif Penubuhan
Rakan Strategik

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang

Pejabat Tanah dan Daerah Pekan

Pejabat Tanah dan Daerah Rompin

Pahang Go
(Pendigitalan Negeri Pahang)

Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pahang