Bina Kerjaya Anda Bersama Kami

Sama ada anda seorang profesional berpengalaman atau siswazah muda yang inginkan pengalaman latihan industri, kami mencari individu yang berbakat dan bercita-cita tinggi untuk sertai pasukan kami. Jika anda berminat untuk meneroka peluang kerjaya di Pengurusan Pasir Pahang Berhad, sila kemukakan resume anda kepada kami.

Professional

Di PPPB, anda akan bekerja bersama golongan profesional terbaik yang memiliki pelbagai pengalaman, pengetahuan, budaya kerja cemerlang dan persekitaran kerja yang selesa.

Latihan Industri

Sertai kami sekiranya anda seorang yang cemerlang dan memiliki dorongan tinggi dan mampu memikul tugasan yang mencabar dalam pelbagai fungsi perniagaan.