Soalan Lazim Operasi

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan untuk memproses permohonan konsesi yang baru?

3 bulan 

Berapakah caj pengurusan yang dikenakan oleh PPPB untuk setiap permohonan konsesi baru?

  -Bagi permohonan baru mengikut keluasan permohonan
  -Bagi keluasan 4.000 hektar kebawah RM 200.00
  -Bagi keluasan 4.000 hektar ke atas RM 400.00

Di kawasan/daerah manakah yang berada dibawa seliaan /pengurusan PPPB?

Di daerah Pekan dan Rompin

Berapakah kadar caj royalti yang dikenakan oleh PPPB kepada pemegang konsesi yang ditawarkan kelulusan?

Pasaran Eksport :
– Pasir sungai (RM 6.40 /m³)
– Pasir muara (RM 2.00 /m³)

Pasaran Tempatan :
RM 1.60 / m³ (Tidak termasuk royalti kpd PDT)

Berapakah kadar Lesen Pendudukan Sementara (LPS)  yang dikenakan oleh PDT kepada setiap pemegang konsesi?

RM3,500 / hektar

Borang apa yang digunakan bagi permohonan baru?

Borang Permohonan Kawasan Konsesi
Syarikat yang berminat boleh mendapatkan Borang Permohonan Kawasan Konsesi  untuk dilengkapkan beserta dokumen yang dinyatakan disenarai semak dan juga caj pengurusan RM200 dan seterusnya diserahkan kepada Unit Operasi, PPPB.

Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap pemegang konsesi?

Setiap pemegang konsesi perlu mematuhi syarat-syarat kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Bercantum Permit Khas PPPB sebagaimana Lampiran C, merujuk kepada surat tawaran yang dikeluarkan oleh PPPB kepada setiap pemegang konsesi.

Siapakah yang layak memohon konsesi PPPB?

Pemohon yang berminat untuk mengusahakan konsesi perlu berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sama ada bertaraf Sdn Bhd / Berhad dengan sekurang-kurangnya mempunyai modal berbayar sebanyak RM100,000.00

Bagaimanakah bentuk pelan berkoordinat yang perlu disediakan oleh setiap pemohon?

Pemohon perlu mengemukakan pelan berkoordinat Pre-Comp daripada juruukur tanah bertauliah / pelan Google Earth

Apakah jenis-jenis bayaran yang boleh dituntut dan dikembalikan sekiranya konsesi tidak berminat untuk beroperasi pada tahun berikutnya?

 Senarai wang dibawah akan dikembalikan sekiranya tiada sebarang kerosakan atau jumlah tertunggak oleh pemegang konsesi:
 1) Wang Jaminan PPPB
 2) Deposit Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
 3) Deposit Jabatan Kerja Raya (JKR)

Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya pemegang konsesi membuat pengeluaran bahan batuan (pasir) secara haram?

Sekiranya berlaku sedemikian, pihak Unit Kawalan Operasi (UKO) akan mengenakan denda serta merta tanpa sebarang notis.

Bilakah masa operasi pemunggahan bahan batuan pasir yang dibenarkan?

Tempoh masa operasi pemunggahan dan pemindahan pasir yang dibenarkan adalah bermula  jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang (10 jam).
Bagi tujuan kerja lebih masa dan pengoperasian pada hari Ahad atau hari kelepasan Am, permohonan secara bertulis perlu dimajukan terlebih dahulu kepada PPPB.

Apakah keperluan bagi permohonan kerja lebih masa dan pengoperasian pada hari Ahad dan kelepasan am?

Pemohon dikehendaki menyatakan waktu keperluan beroperasi yang lebih spesifik / terperinci mengikut kesesuaian kawasan dengan menyatakan tempoh masa beroperasi serta perlu melampirkan dokumen sokongan seperti Purchase Order dan lain-lain

Bolehkah pemegang konsesi pasaran tempatan atau eksport mengangkut bahan batuan (pasir) menggunakan laluan air?

Boleh. Konsesi terbabit perlu membuat permohonan ke PPPB bagi mendapatkan kelulusan dari Jabatan Kastam Diraja (melalui Borang K2 dan K3)

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat lebihan pengeluaran?

Sekiranya berlaku lebihan pengeluaran, pemegang konsesi terbabit perlu mengisytiharkannya kepada PPPB beserta bayaran royalti batuan tambahan.