Perlancaran Sistem e-Doket di  Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah hadir dan merasmikan Majlis Penutupan Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023 yang berlangsung meriah di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuala Lipis pada 8 Oktober 2023. Turut hadir adalah YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob dan Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar.

Majlis ini telah menyaksikan pelancaran kerjasama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang bersama Pengurusan Pasir Pahang Berhad dalam menjayakan sistem e-Doket.

Sistem e-Doket berfungsi sebagai penyimpan data dengan Kod QR dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dan berintergriti. Sistem e-Doket juga bakal memberi manfaat bagi operasi di tapak perlombongan pasir dari segi operasi dan pengurusan selain memudahkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan.

Sistem e-Doket Negeri Pahang akan digunakan bagi pengurusan pengeluaran bahan batuan di negeri ini dan Pengurusan Pasir Pahang Berhad (PPPB) adalah peneraju pertama sistem ini.

pppbadmin
pppbadmin
Articles: 15

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *