Seulas Bicara

Matlamat kami adalah membantu pelanggan sedia ada dan yang baru serta mengenalpasti kawasan berpotensi untuk dilaksanakan aktiviti perlombongan pasir dengan berkesan berlandaskan peraturan dan undang – undang Pihak Berkuasa Negeri dan Persekutuan.

LT. KOL. DATO’ HAJI NOR HASHIM BIN ABDUL AZIZ [BERSARA]

DSAP., SMP., KMN., AAP., AMP., PNBB [Sierra Leone]

Ketua Pegawai Eksekutif

Pengurusan Pasir Pahang Berhad

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Setinggi – tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ ala serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Salam Pembuka Bicara dan Selamat Datang ke Pengurusan Pasir Pahang Berhad (PPPB). Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengusaha – pengusaha perlombongan pasir sungai di Daerah Pekan, Daerah Rompin dan Daerah Bera.

PPPB merupakan sebuah agensi kerajaan yang telah diamanahkan untuk mentadbir urus atau lebih dikenali sebagai permudahcara aktiviti perlombongan pasir sungai di daerah yang telah dipertangunggjawabkan. Sehubungan dengan itu, matlamat kami adalah membantu pelanggan sedia ada dan yang baru serta mengenalpasti kawasan–kawasan berpotensi untuk dilaksanakan aktiviti perlombongan pasir dengan berkesan berlandaskan peraturan dan undang–undang Pihak Berkuasa Negeri dan Persekutuan.

PPPB amat menggalakkan pemasaran pasir ke Luar Negara yang mana negara seperti China, India, Hong Kong, Korea, Taiwan, Jepun dan Brunei merupakan pelanggan utama. Selain daripada itu, pasir sungai juga dipasarkan untuk pasaran tempatan bagi keperluan projek pembinaan dan penimbunan lokasi projek seperti East Coast Rail Link (ECRL) dan lain–lain.

Akhir kata, PPPB akan terus memperkasakan keupayaan sebagai pembekal pasir sungai yang telus dan konsisten bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan. Disamping itu, PPPB memberi perhatian yang serius terhadap kesan alam sekitar serta mengekalkan kelestarian sungai.