Pengenalan

Pengurusan Pasir Pahang Berhad (PPPB) merupakan sebuah syarikat berteraskan aktiviti perlombongan pasir. Penubuhan PPPB telah dipersetujui dan diluluskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri Pahang kali ke 23/2018 yang bersidang pada 1 Ogos 2018.

Sebagai sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Pahang, ianya disasarkan dapat membantu menjana pendapatan bagi memajukan Negeri Pahang melalui pengurusan yang cekap dalam menguruskan operasi pengeluaran pasir.

Visi Kami

Meneraju dan Memperkasakan aktiviti pengurusan pasir di negeri Pahang yang unggul dan bertaraf tinggi.

Misi Kami

Menumpukan kepada eksplorasi pengerukan, pengeluaran dan penjualan pasir yang berkualiti tinggi untuk pasaran domestik dan luar negara melalui pengurusan yang mampan kearah kelestarian alam sekitar dan tadbir urus yang cekap.

Nilai Kami

Kecemerlangan

Komitmen dengan tumpuan ke arah pembudayaan amalan kerja terbaik dalam pembangunan mineral yang mampan. Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran melalui perancangan mekanisme kerja yang cekap dan berkesan.

Permuafakatan

Pertumbuhan mampan yang disokong oleh persekitaran kerja yang kondusif, selamat, mampu menjana keuntungan dan mempunyai tanggungjawab keatas sosial komuniti disamping menjaga sumber alam untuk generasi kini dan masa hadapan. Memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana alam.

Kelestarian

Pertumbuhan mampan yang disokong oleh persekitaran kerja yang kondusif, selamat, mampu menjana keuntungan dan mempunyai tanggungjawab keatas sosial komuniti disamping menjaga sumber alam untuk generasi kini dan masa hadapan. Memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana alam.

Sifar Ancaman

Sifar ancaman dalam bentuk keselamatan pekerja, alam sekitar dan komuniti setempat adalah menjadi matlamat kami.

Peranan Kami

  • Mengutamakan kriteria yang digunapakai iaitu “Environment, Social and Governance” (ESG).
  • Menyambut gagasan yang baik iaitu melestarikan sungai agar tidak berlaku pencemaran dan kerosakan terhadap flora dan fauna.
  • Memastikan sistem pengairan sungai dalam keadaan yang baik dengan mendalamkan sungai agar dapat menampung banjir.
  • Memberi peluang pekerjaan pada orang ramai yang mencari rezeki di Kawasan sungai.
  • PPPB merupakan fasilitator yang menguruskan kelulusan konsesi dan pengoperasian melalui kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Bercantum Permit bagi bahan bantuan (pasir) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.
  • PPPB kearah mengurangkan ketirisan melalui usaha sama di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri.

Objektif Penubuhan

Pendaftaran

Mengenalpasti pengusaha-pengusaha pasir di Pekan dan Rompin dan mendaftarkan mereka sebagai pemegang konsesi dan kontraktor kepada PPPB.

Permohonan

Mengenalpasti pengusaha-pengusaha pasir di Pekan dan Rompin dan mendaftarkan mereka sebagai pemegang konsesi dan kontraktor kepada PPPB.

Pengeluaran & penjualan

Memberikan hak mengeluar dan menjual pasir kepada pemegang konsesi dan kontraktor yang berdaftar dengan PPPB.

Penjelasan pembayaran

Menjelaskan segala bayaran seperti yuran permohonan, bayaran premium, kutipan royalti, caruman, deposit dan sebagainya kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Pengurusan permit

Membantu dalam menguruskan permit eksport (AP) daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengeksport pasir ke luar negara termasuk menguruskan penjualan dan pengeksportan.

Pematuhan peraturan

Memastikan pengeluaran pasir yang dilaksanakan adalah mematuhi semua peraturan sama ada yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

Sokongan

Menanggung apa-apa liabiliti, denda, tuntutan, atau tindakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan sekiranya berlaku perlanggaran syarat.

Dividen & Sumbangan

Berkongsi hasil pendapatan melalui agihan dividen kepada pemegang saham dan juga melalui sumbangan tanggungjawab sosial korporat untuk komuniti setempat khususnya dalam Negeri Pahang

Mengawalselia

Pengurusan operasi PPPB juga termasuk mengawalselia operasi yang dilaksanakan oleh pengusaha pasir untuk pasaran tempatan dan juga eksport.

Rakan Strategik

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang

Pejabat Tanah dan Daerah Pekan

Pejabat Tanah dan Daerah Rompin

Pahang Go

(Pendigitalan Negeri Pahang)

Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pahang